Tuesday, May 18, 2010

seronoknya hari ni...

hari ini aku dapat keluar bersama-sama rakan lama sekolah rendahku...pada asalnya saya hanya mahu keluar makan di restoran at-thaqwa...tetapi rancangan tersebut telah berterusan dan saya dan rakan-rakan pergi ke sekolah rendahku, sekolah kebangsaan taman seri gombak 1...di sana, saya dapat berjumpa guru-guru semasa sekolah rendah...antaranya puan nora, puan marina, puan nor iazan, encik dzul, puan mariatul, encik othman, encik rashidin, puan sapiah, puan asiah, encik rani, mrs chan, ustaz norini(kalau tak silap), dan encik azli....hahaha, mungkin itu list semua cikgu yang saya berjumpa...tidak tergambar pengalaman ini...tetapi peristiwa ini tidak akan berulang lagi...masyaAllah, seronok sungguh...akhir sekali, saya merancang untuk ke rumah rakan saya tetapi terpaksa pulang untuk mengambil adik bongsuku yang bersekolah fardhu ain(KAFA) pada jam 1100...huhuhu...walau bagaimanapun, terima kasih kepada rakan-rakanku yang turut mengikuti lawatan ini...sebenarnya hanya tiga orang sahaja...hahaha...amir izzat(driver) dan muhammad nor(co-pilot) (^_^')
semoga masih ada peluang untuk bergembira sebegitu lagi di masa hadapan...

Tuesday, May 4, 2010

Salam Perkenalan

Hai, nama saya Adli, boleh panggil saya yie...cubaan semata-mata...kalau ada apa-apa yang lemah tentang blog yie ini, sila tinggalkan komen....sebenarnya, yie tak tahu nak tulis apa di blog ini...yie berminat hendak buat blog ini setelah melihat ramai rakan-rakan yie yang memiliki blog...jadi, yie cuba membina blog ini...mungkin setakat ini sahaja kata-kata yie buat pertama kali...syukran...
assalamualaikum dan salam sejahtera...